KELAHIRAN CAHAYAMATA
saya buka laman ini dengan sedikit puisi buatmu wanita bertuah ,
Anakku,hari ini ibu dapat memeluk tubuh kecilmu dalam yang kesejukkan,
Anakku,tetaplah kau erat dan beradu lena dalam dakapan ibu,
Anakku,jari jemari kecilmu suka untuk ibu genggam .
Pipimu yang bening kemerahan ,suka untuk ibu kucup penuh kerinduan,
sayang, ibu tak mahu jauh daripadamu ,ibu ingin kau selalu ada disamping ibu .
tangisanmu menimbulkan resahku nak ,
Sembilan bulan kau dalam rahimku ,
kau selalu ada menemani walau apa yang terjadi .
tendangan manjamu , caramu bermain manja dengan ibu setiap
akan selalu ibu rindu sayangggg..
Nama saya nani , saya telah berkahwin pada usia 20 tahun ,
sewaktu saya masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi di Perak ,tempat kelahiran cinta hati saya , saya berkahwin di usia yang agak muda oleh kerana persetujuan keluarga .
dan izin ALLAH Maka sah lah saya menjadi pasangan yang halal insyaALLAH hingga ke syurga .
Saya dikurniakan seorang suami yang sangat penyayang ,
bertanggungjawab dalam segala hal , walau pun kehidupan kami semuanya berada dalam kesederhanaan .maklumlah ..pasangan muda yang baru nak membina kehidupan .
tapi yang penting nak bina rumah tangga perlu saling memahami antara satu sama lain ,dan bertolak ansur dalam segala hal.
Suami saya sangat memahami,dan menjaga hati saya serta menerima kekurangan saya dengan sabar ,
walaupun saya berkahwin pada usia yang muda , tetapi ALLAH mentakdirkan saya dan suami dikurniakan anak pertama setelah hampir 7 tahun perkahwinan kami .
Rasa syukur yang tak terhingga,akhirnya saya di kurniakan seorang anak setelah banyak kesabaran saya dan suami .rasa terharu sangat .
Pengajaran buat remaja di luar sana yang telah melakukan kesilapan,dan melakukan kezaliman ke atas diri sendiri , Lindungilah seketul darah yang diletakkan dalam rahimmu , Jangan takut dengan dunia serta reaksi manusia sekeliling kerana mereka juga pernah melakukan kesilapan . Mungkin tak sebesar kesalahanmu ,dan mungkin juga bahkan kesalahan yang mereka selindungkan lebih besar dari kesalahanmu ,
jangan jadi pembunuh ,!
Cukuplah zina yang dilakukan ,jangan teruskan dosa besar itu dengan menjadi seorang pembunuh ,wajah manjanya yang tak bersalah menjadi mangsa kerana dosa-dosa kamu sendiri . bagaimanapun reaksi manusia ,abaikan kerna mereka takkan pernah faham perasaanmu ..ambil lah diaa,lindungilah diaa ,belai lah dia dengan kasih sayang sebagaimana layaknya bayi yang lahir memerlukan ibu dan ayah yang melindungi dan menyayangi mereka.didiklah m ereka dengan agama .
Bertaubatlah , pada allah selagi pintu taubah masih terbuka ,Keampunan ALLAH itu sentiasa bagi hati-hati yang ingin kembali sujud padaNya sebaik-baik tempat meminta ,mintalah pada ALLAH walau sekecil-kecil permintaan kerana ALLAH akan memakbulkan ,doa yang dataang dari hati yang terdalam .
Ramai orang yang bertahun-tahun mendirikan rumah tangga menunggu kelahiran cahayamata ,anugerah ALLAH , tapi ramai di luar sana yang ALLAH kurniakan mereka keturunan , lalu mereka bunuh tanpa belas kasihan .
SEKIAN dari saya nasihat yang tidak lah seberapa,
sambung pada perkongsian sayaa cerita bahagia , suaami saya terlalu teruja akaan kelahiran anak pertama kami .macam-macam yang hendak dibelinya .. dari ke baju sampailah ke mainan ,
saya tertawa sebabnya saya kata pada suami "abang, baby kita lambat lagi besar mana pandai main semua permainan ni " hahahah saya tahu dia bahagia sangat ,suami saya ada beli satu katil untuk sambut kelahiran baby kami
katil untuk anak kesayangan kami ,tapi abang belum beli tilamnya .
jadi kami tiada masa untuk keluar membeli tilam ,memandangkan saya terpaksaa masuk wad awal seminggu,suami saya juga agak sibuk dengan kerja serta melawat saya dihospital setelah tamat waktu bekerja .saya mencadaangkan pada suami saya untuk menggunakan perkhidmatan shopee , memandangan saya akan melahirkan tidak lama lagi .
layar screen, untuk awak temui tilam kekabu yang saya beli di shopee
TADAAAA
Saya mintak suami belikan design animasi baby shark ,alhamdulillah semuanya mudah dengan adanya shopee .
BOLEH KLIK LOGO SHOPEE UNTUK MEMBELI DI SHOPEE
BOLEH KLIK LOGO WHATSAPP UNTUUK DIRECT PERTANYAAN
alhamdulillah baraang pun sampai dengan baik , kekabunya yang sangat tebal memang ngam-ngam masuk dalam katil yang suami beli .dan muat-muat je dengan sarung tilam yang saya jahit sewaktu mengandung .
Ya ALLAH , kurniakan lah kami keturunan yang bbaik-baik.
kurniakan lah kami keturunan yang menunaikan solat ,yang berpegang teguh dengan al-quran serta mengamalkannya sepanjang siang dan malam .
Ya ALLAH , kurniakan lah kami keturunan yang berjaya dunia akhirat,sentiasaa bersatu hati meneggakkan islam dengan dakwah .anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa mereka .RAHMATILAH KETURUNAN KAMI .
Sekian yang buruk itu datang daripada diri saya. yang baik itu datang daripada ALLAH .
daripada -pena biru-













Tiada ulasan:
Catat Ulasan